KEHIDUPAN AWAL Iqbal Mohamad

Muhamad Iqbal Bin Mohamad dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 5 Julai 1979. Beliau menerima pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (2) dan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher.

Setelah itu, beliau mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian tinggi di Matrikulasi Jurakauntan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1999 sehingga berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan pada tahun 2003.

Selepas tamat pengajian beliau bekerja dalam pelbagai sektor antaranya berkhidmat sebagai pegawai kerajaan dan menceburi bidang keusahawanan di bawah program usahawan muda di sektor swasta antaranya di bawah Program Innovation Incubation Centre (IIC) dijalankan bersama Taman Teknologi Malaysia. Kemudian, beliau telah memulakan perniagaan beliau sendiri dengan menggunakan jenama QEW bermula tahun 2009. Bermula dari situ tertubuhnya kumpulan syarikat QEW seperti Qew Adz Network, Qew Communications Sdn Bhd, Qew Technologies (M) Sdn Bhd, Bizreka Group dan sebagainya yang menceburi dalam pelbagai bidang perniagaan.

Semangat gigih beliau untuk berjaya dalam apa jua bidang yang ditekuninya tidak terhenti, di mana beliau telah mengambil peluang untuk menyertai program khas SMECorp@UPM sehingga memperolehi merit sebagai Certified as World Class CEO Training Programme 2013. Kemudian beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Asia e University (AeU) pada tahun 2018 selepas beberapa tahun menggali pengalaman dalam pekerjaan dan perniagaan.

Berkat usaha gigihnya, beliau telah berjaya ditauliahkan ijazah kehormat Doktor Falsafah (PhD) Honoris Causa (H.C) pada tahun 2018 di IUP, India yang didaftarkan di bawah United Nation Global Compact.

Kemudian beliau telah diiktirafkan sebagai ahli di Institute of Corporate Director Malaysia (ICDM) bermula 2022 yang telah ditubuhkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia dan disokong oleh Bank Negara Malaysia, Bursa Malaysia dan Dana Pembangunan Pasaran Modal.